raya tahun ni amat ganjil..
selama 26 tahun hidop..
rumah itulah along beraya
rumah itulah along akan hiaskan
rumah itulah along akan dikejutkan untuk solat jemaah suboh
rumah itulah along akan dengar takbir raya dipagi hari
tahun ini masih sama
rumah itu masih along beraya
rumah itu masih along hiaskan
rumah itu masih along dikejutkan untuk solat suboh
cuma yang ganjil tak de lagi suara Ayoh takbir raya dipagi hari.. sunyi
along rindu sangat ngan Ayoh.. maafkan along atas segala salah dan silap.. Along banyak dosa ngan Ayoh.. along akan ingat pesan Ayoh "solat 5 waktu jangan tinggal"..
sekarang Ayoh mesti dah jumpa Mek kat "sana".. tinggal along sorang je kat sini.. hanya Tuhan saja yang tahu betapa along rindukan Mek dan Ayoh.. semoga bahagia.. along sentiasa doakan..
rindunya sangat.. Selamat Hari Raya Mek & Ayoh..
Isnin, 28 September 2009
Isnin, 17 Ogos 2009
resah mungkin
hati keluh resah
kenang nasib diri penuh gelisah
air mata laju membasahi pipi
apakan nasib kan bertukar ganti
segala amalan dihitung persatu
yang manakah harus dipalu
25022009 rumah bukit jalil
kenang nasib diri penuh gelisah
air mata laju membasahi pipi
apakan nasib kan bertukar ganti
segala amalan dihitung persatu
yang manakah harus dipalu
25022009 rumah bukit jalil
Ahad, 2 Ogos 2009
belajar untuk harga-i
harga..
bukan harga pasaran
bukan juga harga yang boleh diletak nilai
mungkin harga yang tiada nombor
kenapa harus mencari kalu sudah didepan mata
kenapa harus menghargai bila sudah tiada
dikejar tak dapat dikendong berciciran
orang tamak selalu rugi
ringan mulut dengan terima kasih dan sori
ditambah dengan ikhlas dari hati
luhur juga dengan perasaan
andai kehilangan juga
.... kamu tak kan ralat
bukan harga pasaran
bukan juga harga yang boleh diletak nilai
mungkin harga yang tiada nombor
kenapa harus mencari kalu sudah didepan mata
kenapa harus menghargai bila sudah tiada
dikejar tak dapat dikendong berciciran
orang tamak selalu rugi
ringan mulut dengan terima kasih dan sori
ditambah dengan ikhlas dari hati
luhur juga dengan perasaan
andai kehilangan juga
.... kamu tak kan ralat
Ahad, 7 Jun 2009
doa untuk chenta hati
hari ini doa ku selepas solat asar agak panjang,tidak seperti biasa
aku berdoa untuk chenta kami
sekarang ini dilanda dugaan
si dia berada jauh dari aku
dalam jangkamasa agak lama
sebulan bagaikan bertahun
aku rindu dia
kami ade sedikit salah faham
tapi dibesarkan oleh hasutan syaitan
setakat ini aku lebih tenang
aku berdoa dan terus berdoa
aku berserah sahaja pada Allah Yang Maha Kuasa
aku rindu dia
ya,aku tahu dia marah sama aku
merajuk juga ada
aku sudah cuba pujuknya dari semalam lagi
pujuk dan terus pujuk
aku tidak seperti dulu lagi mungkin
hati cepat lembut dan marah hanya sekejap
kerna aku tak mahu gadoh yang meleret
aku harap dia pon sama
aku rindu dia
ya,mungkin aku yang salah tapi aku tak mahu lagi
saat aku putuskan untuk jadi kekasihnya
semua yang lama sudah aku buang
sentiasa cuba mahu jadi yang terbaik buat dia
hati aku hanya dia
chenta aku untuk dia
sayang aku pada dia saja
mungkin juga agak sukar untuk dia percaya sepenuhnya
tak ape, aku paham
aku masih sabar dan mencuba
rindu yang amat sama dia
aku berdoa untuk chenta kami
sekarang ini dilanda dugaan
si dia berada jauh dari aku
dalam jangkamasa agak lama
sebulan bagaikan bertahun
aku rindu dia
kami ade sedikit salah faham
tapi dibesarkan oleh hasutan syaitan
setakat ini aku lebih tenang
aku berdoa dan terus berdoa
aku berserah sahaja pada Allah Yang Maha Kuasa
aku rindu dia
ya,aku tahu dia marah sama aku
merajuk juga ada
aku sudah cuba pujuknya dari semalam lagi
pujuk dan terus pujuk
aku tidak seperti dulu lagi mungkin
hati cepat lembut dan marah hanya sekejap
kerna aku tak mahu gadoh yang meleret
aku harap dia pon sama
aku rindu dia
ya,mungkin aku yang salah tapi aku tak mahu lagi
saat aku putuskan untuk jadi kekasihnya
semua yang lama sudah aku buang
sentiasa cuba mahu jadi yang terbaik buat dia
hati aku hanya dia
chenta aku untuk dia
sayang aku pada dia saja
mungkin juga agak sukar untuk dia percaya sepenuhnya
tak ape, aku paham
aku masih sabar dan mencuba
rindu yang amat sama dia
Langgan:
Catatan (Atom)
