raya tahun ni amat ganjil..
selama 26 tahun hidop..
rumah itulah along beraya
rumah itulah along akan hiaskan
rumah itulah along akan dikejutkan untuk solat jemaah suboh
rumah itulah along akan dengar takbir raya dipagi hari
tahun ini masih sama
rumah itu masih along beraya
rumah itu masih along hiaskan
rumah itu masih along dikejutkan untuk solat suboh
cuma yang ganjil tak de lagi suara Ayoh takbir raya dipagi hari.. sunyi
along rindu sangat ngan Ayoh.. maafkan along atas segala salah dan silap.. Along banyak dosa ngan Ayoh.. along akan ingat pesan Ayoh "solat 5 waktu jangan tinggal"..
sekarang Ayoh mesti dah jumpa Mek kat "sana".. tinggal along sorang je kat sini.. hanya Tuhan saja yang tahu betapa along rindukan Mek dan Ayoh.. semoga bahagia.. along sentiasa doakan..
rindunya sangat.. Selamat Hari Raya Mek & Ayoh..
Isnin, 28 September 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan