Rabu, 9 Disember 2009

rajuk

hati rajuk dibawa berlari
lari berlari sambil mencari
cari dijumpa dipanah hajat
tapi sayang belum kesampaian lagi

Selasa, 20 Oktober 2009

jangan dekat

bila kau panggil sayang, aku senyum
bila kau kata rindu, aku terharu
bila kau sebut cinta, aku mengharap

angan mula menanam benih
hati mula berbunga harum
aku kepingin sekali mahu bahagia

namun hatimu tidak begitu
datang bila mahu
pergi bila suka

merayu aku biar kau pergi
jangan coba dekati aku lagi
hati ini sudah robek untuk ditoreh lagi.


awal pagi hari dikantor

Isnin, 28 September 2009

raya ganjil

raya tahun ni amat ganjil..
selama 26 tahun hidop..

rumah itulah along beraya
rumah itulah along akan hiaskan
rumah itulah along akan dikejutkan untuk solat jemaah suboh
rumah itulah along akan dengar takbir raya dipagi hari

tahun ini masih sama
rumah itu masih along beraya
rumah itu masih along hiaskan
rumah itu masih along dikejutkan untuk solat suboh
cuma yang ganjil tak de lagi suara Ayoh takbir raya dipagi hari.. sunyi

along rindu sangat ngan Ayoh.. maafkan along atas segala salah dan silap.. Along banyak dosa ngan Ayoh.. along akan ingat pesan Ayoh "solat 5 waktu jangan tinggal"..

sekarang Ayoh mesti dah jumpa Mek kat "sana".. tinggal along sorang je kat sini.. hanya Tuhan saja yang tahu betapa along rindukan Mek dan Ayoh.. semoga bahagia.. along sentiasa doakan..

rindunya sangat.. Selamat Hari Raya Mek & Ayoh..

Isnin, 17 Ogos 2009

resah mungkin

hati keluh resah
kenang nasib diri penuh gelisah
air mata laju membasahi pipi
apakan nasib kan bertukar ganti
segala amalan dihitung persatu
yang manakah harus dipalu



25022009 rumah bukit jalil