Sabtu, 17 Januari 2009

chenta hati

hai chenta hati
sedetik tadi aku telah putuskan kamu
untuk terus jauh dari aku

bukan kerna aku terpaksa
sengaja hatimu aku lukai
aku pasrah jiwaku akan merana nanti

hai chenta hati
maaf aku harus pergi
sori aku diamkan diri

pasti kamu menangis,aku tahu
pasti kamu marah,aku rela

andai jodoh kita berdua
akulah gadis yang terindah sekali

babai chenta hati


Ahad, 14 Disember 2008

aku tak mahu

tak mahu lagi bicara cinta
kerna terlalu penat dipersia

tak mahu lagi bicara jodoh
kerna tak tahu siapa gerangannya

tak mahu lagi berkaseh
kerna terlalu sakit bila diputus

tak mahu lagi menyayangi
kerna begitu bodoh mempercayai

tak mahu daku tak mahu
sendiri aku capek


Ahad, 23 November 2008

kami ini bertiga

kami ini bertiga
arus aliran yang tiada putusnya

kami ini bertiga
sama jantina
sama pangkal nama
sama warna rambut
sama pintu rahim yang diredah
sama aliran darahnya
sama susuannya
sama binti nya (hidup juga mati)
sama mama dan abah
sama mek dan ayoh

kami ini bertiga
banyak samanya
banyak juga bezanya

kami ini bertiga
beza hujung pada nama
beza wajah dan warna kulit
beza umor dan tarikh lahir
beza suara
beza karektor
beza jiwa
beza identiti
beza pendirian
beza minat
beza degil dan bebal
beza cita dan cinta
beza kekasih
beza dosa dan pahala
beza masa depan

kami ini bertiga
adakah banyak beza dari yang sama?
kenapa banyak beza dari yang sama?
siapa banyak beza dari yang sama?
dimana banyak beza dari yang sama?

kami ini bertiga
bukan 3 stooges
bukan destiny's child
mungkin powerpuff girls

kami ini bertiga
ramai yang beza tetap riuh yang sama
banyak rajuknya tetap dipujuk yang sama
banyak gaduhnya tetap dibaik yang sama
banyak cebiknya tetap disenyom yang sama

kami ini bertiga
tetap beri dan terima kaseh yang sama
tetap tabur bakti pada mama dan abah walau tak sempurna mana
tetap saling miliki jiwa hati kami
tetap saudara adik beradik alon angah adik
tetap diri kami penoh dengan kuat juga lemah
tetap bergantungan pada kaseh yang sama
tetap teriak bersama jika ada nangisnya

kami ini bertiga
sejak jasad dipasuk nyawa
tetap disitu takdir Illahi 'Kami Bertiga'

*Kaseh aku pada kamu hingga nafas terakhir : angah dan adik

tersekat

mereka itu dua hati
mereka itu dua jiwa
kasih sudah berpaut
sayang sudah terkunci

punya cinta namun tiada ikatan.